Tuesday, 14 August 2012

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif : Hijrah 1432



Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif : Hijrah 1432



Segala puji bagi Allah yang telah mengatur perjalanan setiap para Anbiya’Nya, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi S.A.W yang telah memimpin para sahabatnya sehingga terbentuknya Hakimiyyah Nubuwah selepas peristiwa Hijrah.

Doa untuk para sahabat, tabien dan seluruh pengikut tabien termasuk guru-guru dan murabbi ummah sepanjang zaman sehingga hari qiamat.

1432 tahun yang lalu, berlakunya hijrah nabi S.A.W dan Khalifah Omar al-Khattab mencatitnya sebagai tahun bermulanya kalendar ummat Islam.

Tidak hairan Khalifah kedua Islam itu memang terkenal dengan al-Faruq; pembeza. Beliau sendiri sangat berbeza semasa jahiliyah dan semasa Islamnya.

Beliau, dengan sengaja mengambil peristiwa Hijrah sebagai permulaan kalendar untuk menonjolkan satu perbezaan besar telah berlaku, antara perjuangan Nabi S.A.W sebelum Hijrah dan selepas Hijrah.

Timbul tanda tanya, samada kita yang kurang menggunakan kaledar ini, atau paling tidak yang menyambut Maal Hijrah saban tahun ini, dapatkah menghayati dan merasakan konsep “erti beza” ini.

Al-Quraan yang diturunkan pada bulan Ramadhan, merupakan al-Furqan; juga membawa maksud membeza.

Bila al-Quraan bercakap pasal membeza antara al-Haq dan al-Batil  Hijrah pula mengingatkan kita peritiwa yang membawa perbezaan. Dakwah di Mekah tanpa kuasa dan dakwah di Madinah dengan kuasa (authority). Keduanya memerlukan kekuatan berfikir. Berfikir untuk membeza dan membanding.

Rupanya kita adalah ummat yang diajar untuk sentiasa berfikir, menilai, memerhati, membanding yang akhirnya membantu kita membuat keputusan dalam banyak hal.

Aqsa Syarif yang ditubuhkan pada 20 Safar 1431H bersamaan 4 Feb 2010 sentiasa menjulang isu Palestin di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. 
Semangat Malaysia yang disatukan dengan isu Palestin, menjadikan kami barisan pejuang Palestin seperti Aqsa Syarif berasa bangga, walau pun Parlimen itu boleh juga disatukan dengan isu-isu lain.

Pendekatan kita ialah mengajak samada masyarakat Islam mahupun bukan Islam untuk berfikir, menilai dan membeza kehidupan yang mereka jalani dengan kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Palestin.

Mereka di Palestin memerlukan peluang untuk hidup aman damai seperti kita. Malangnya potensi yang ada pada mereka dan anak-anak mereka dinafikan oleh penjajah Israel itu.

Bagi masyarkat Islam, Aqsa Syarif sentiasa mengajak mereka memahami perjuangan Palestin. Sokongan terhadapnya adalah bertolak dari aqidah yang jelas.

Permusuhan Yahudi terhadap Ummat Islam adalah isu aqidah. Al-Quraan telah mengisytiharkannya, bahawa mereka akan melakukan kerosakkan dan meninggi diri dua kali. Permulaan surah al-Isra’ antara contohnya.

Hadis Nabi S.A.W yang menyebut dengan jelas, walau kita cuba mengelakkan peperangan dengan si degil yahudi itu, peperangan tetap akan berlaku sebelum hari Qiamat.

Peperangan yang menyaksikan tingginya kualiti mukmin yang menganggotai pertempuran ketika itu, sehingga terbuka hijab alam metafizik, pokok dan batu boleh berkominikasi dengan mereka.  Pokok, sebagai contoh, akan mendedahkan percubaan bersembunyi si Yahudi laknatullah di sebaliknya. Malah pokok akan memanggil “wahai hamba Allah, wahai mukmin! Ini yahudi, bunuhlah dia”.

Seorang muslim biasa, yang tidak bertarbiyyah dan hidup tanpa ketinggian kerohanian, tidak akan mampu mendengar suara alam semesta seperti itu ketika dia kononnya bersama Palestin dan ummah dalam perjuangan menentang Yahudi ini.

Tarbiyyah yang dijulang oleh Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM Malaysia ialah tarbiyyah yang akan melahirkan petugas dan sukarelawan yang memiliki sifat-sifat yang pernah diusahakan oleh Iman Hasan al-Banna, yang terdidik dalam alam kerohanian yang sangat jernih.

Tarbiyyah ini akan berusaha melahir dan meramaikan mukmin yang tubuhnya sihat dan kuat, akhlak yang mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah mengurus nafsu, menjaga masanya, segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. 

Mereka ini akan menjadi sukarelawan yang bermanfaat bukan untuk perjuangan Palestin sahaja, malah juga kepada negara Malaysia ini sendiri dalam isu-isu kemanusiaan. Mereka juga menjadi jaguh dan contoh terbaik kepada masyarakat dunia.

Tema Maal Hijrah tahun 1432 ini, “Satu Malaysia Satu Ummah” layak ditafsir mengikut kefahaman pelbagai. Bagi Aqsa Syarif, kita memang membawa isu Palestin sebagai isu kemanusiaan sejagat.

Ceramah-ceramah sukarelawan Aqsa Syarif telah mula menembusi telinga rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam. Terbukti kita menyaksikan titisan air mata warga Iban di Miri yang mendengar penderitaan rakyat Palestin dan kebiadapan komando Israel menceroboh kapal Marvi Marmara.

Saya juga dapat menyaksikan dua pelajar PhD Malaysia di Jepun (Chan Chee Ming dari University Yokohama dan Jenny Yap University Yamanashi) yang menyatakan mula memahami kedudukan sebenar perjuangan Palestin.

Aqsa Syarif bersedia untuk terus menjulang isu Palestin khususnya di peringkat nasional dan memimpin rakyat Malaysia, bersama NGO-NGO Palestin yang lain sebagai satu ummah. 

Kita percaya satu Malaysia, rakyat dan pemerintahnya, tidak kira apa bangsa keturunan, apa agama sekali pun boleh bertindak sebagai satu ummah untuk memberi tekanan kepada Israel. 

Bersama memboikot sebarang produk Israel atau sekutu-sekutunya. Bersama menghantar bantuan kepakaran, kewangan atau apa sahaja yang boleh meringankan beban rakyat Palestin.

Tahun 1431H menyaksikan Aqsa Syarif bermain dan bergelumang dengan beberapa isu kritikal Palestin. Walaupun dilihat baru di gelanggang, pimpinan dan sukarelawan Aqsa Syarif merupakan gandingan muka-muka lama dan baru yang berjaya mencipta sejarah baru perjuangan Palestin.

Pimpinan Palestin acap kali mengulang-ulang bahwa tahun lepas dan tahun ini merupakan tahun intifadhah ketiganya. Tembok kepungan Gaza semakin hampir keruntuhannya walau pun tangan-tangan jahat Yahudi itu masih cuba mengampu tembok itu. 

Aqsa Syarif terlibat dalam dua peristiwa besar membantu Palestin yang telah benar-benar membuka mata dunia - kapal Marvi Marmara dan Konvoi Darat. Marvi Marmara menyaksikan Aqsa Syarif bekerjasama dengan sahabat-sahabat seperjuangan Haluan Palestin di bawah payong IHH, Turki. Melalui rombongan Konvoi Darat pula, 7 sukarelawan Aqsa Syarif yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit telah bekerjasama dengan Viva Palestina Malaysia dan United Kingdom. 

Lihatlah, beberapa pemimpin dunia mula berani melawat ke Gaza secara terbuka. Mereka berani menjanjikan membawa bantuan atau kemudahan pembangunan. Sebagai contoh, Menteri Luar German, Guido Westerwelle, yang melawat Gaza pd 8 Nov 2010 bertujuan untuk mendapatkan maklumat langsung bagaimana untuk memperbaiki tahap kehidupan rakyat Gaza. 

Bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Norian Mai yang aktif dalam PGPO dan Matthias Chang Wen Chieh yang berucap dalam satu Seminar Kemanusiaan Berkaitan Tahanan Penjara di Bumi Palestin, mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad di bumi Gaza pada 22 Okt 2010, juga membuktikan asakan kita semakin kuat.

Sebelum itu, pada 9 Ogos 2010, rombongan NGO Pemuda Masjid, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan rombongan Kelab Putera 1Malaysia bersama Aman Malaysia dan penyanyi Fauziah Latiff turut menjejakkan kaki ke bumi pertaruhan itu.

OIC juga telah mula berani menyelaras NGO-NGO Palestin seluruh negara untuk masuk ke Gaza, meninjau dan menghantar bantuannya. Mereka juga menyelaras rombongan pakar-pakar perubatan untuk masuk ke Gaza.

Tahun 1431H juga menyaksikan Parlimen Malaysia secara sebulat suara menyokong usul Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak untuk mengutuk dan memberi tekanan kepada Israel. 

Kami kagum dengan ahli-ahli Parlimen Malaysia yang terdiri dari pelbagai parti politik samada parti pemerintah dari Barisan Nasional sendiri, mahupun Parti Pembangkang yang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato’ Haji Abd Hadi Awang, En. Lim Kit Siang dan lain-lain.

Semangat Malaysia yang disatukan dengan isu Palestin, menjadikan kami barisan pejuang Palestin seperti Aqsa Syarif berasa bangga, walau pun Parlimen itu boleh juga disatukan dengan isu-isu lain.

Aqsa Syarif menyeru seluruh petugas-petugasnya di tanah air dan di luar negara, penyokong-penyokongnya dan sesiapa yang simpati kepada perjuangan Palestin agar meningkatkan kesedaran demi meggerakkan apa yang ada. Harapannya, apa yang sedang terpacu ini akan terus mara ke hadapan di tahun-tahun yang mendatang. 

Semoga sambutan Maal Hijrah tahun 1432 ini akan mengajak kita semakin berani berfikir, menilai, membanding dan akhirnya membuat keputusan yang terbaik. 

Kehidupan kita akan berbeza dengan kehidupan sebelum ini.  Menjadi seorang yang ambil peduli tentang Palestin atau membiarkan Palestin begitu sahaja. Menjadi seorang yang terlibat sebagai sukarelawan dengan NGO Palestin seperti Aqsa Syarif atau menjadi sekadar pemerhati. Menjadi seorang penderma tetap Palestin atau terus mengelak untuk menderma.

Menjadi seorang yang sentiasa mendoakan Palestin dan Masjil-Aqsa atau hanya berkenduri tanpa mendoakan Palestin. Menjadi penyebar berita Palestin atau terus sibuk dengan FB dan chatting yang kurang berfaedah.

Ya jadilah umat yang berhijrah, jadilah umat yang pandai membezakan, yang pandai menilai dan yang pandai membuat keputusan. Membeza antara al-haq dan al-batil. Umat yang maju dan terus maju.

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Pengerusi AQSA SYARIF
Ahli Dewan Perwakilan Nasional  Pertubuhan IKRAM Malaysia                   
Ahli Persatuan Perubatan Darussyifa’ Malaysia



Hati yang Hidup Segar Bersama 4 Keadaan





ليس شيء أحب إلى الله من قطرتين ، وأثرين : قطرة دموع من خشية الله ، وقطرة دم تهراق في سبيل الله ، وأما الأثران فأثر في سبيل الله ، وأثر في فريضة من فرائض الله
Sunan Termizi:Hasan Gharib. Iman Sayuthi: Sahih

Tiada sesuatu yang sangat disukai Allah S.W.T dari dua  titisan dan dua kesan.

1. Titisan air mata takutkan Allah
2. Titisan darah yang tumpah pada jalanNya.

Adapun Kesan/Bekas:

1. kesan berjuang pada jalanNya
2. Kesan melaksanakan perintah dari perintah-perintahNya (syariat)

Ayuh! kejarlah setiap hari untuk menitiskan air mata takutkan Allah dan bercita-cita untuk syahid pada jalannya.

Ayuh! kejarlah setiap hari untuk berjuang pada jalanNya walau tidak kunjung syahid...terus berada dalam perjuangan

dan

Terus bersama dengan orang-orang yang berjuang dan melaksanakan segala perintah Allah dari sekecil-kecilnya atau semudah-mudahnya hingga perintah Allah yang sebesar-besarnya dan sepayah-payahnya.

Segalanya hanya mampu kita iltizaminya, dengan bersama dengan Jemaah yang berjuang secara tersusun. Hampir tidak mungkin 4 ini dapat dilaksanakan secara individu

Sesiapa yang mengambil salah satu sahaja, dia tidak meraih cinta Allah S.W.T sepenuhnya. Tarbiyyah dan Takwin Jemaah, akan ambil kira empat perkara ini. Tidak terpisah-pisah.....

Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
Pengerusi Aqsa Syarif
Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Life begins at 40?




LIFE BEGINS AT 40?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Inilah doa yang pernah dipohon oleh Nabi Sulaiman a.s ketika menjangkau 40 tahun. Doa ini dipesan supaya menjadi amalan harian.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ
شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepa amu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". Al-Ahkaf 15

Kita belajar dari Nabi Sulaiman a.s satu doa yang dirakamkan dalam al-Quraan. Sesuatu doa selain dianggap sebagai ibadah, ia juga dianggap apa yang kita targetkan.

Apabila kita mengulang sesuatu doa itu, bermakna kita sangat inginkan perkara itu berlaku. Mukmin bijak yang rajin berdoa, sepatutnya akan melakarkan cita-citanya itu dan akan mengejarnya. Mengejar dengan disusuli dengan rangkaian amal-amal yang tertentu.

Ayuh! kita perhatikan doa tersebut satu persatu:

1. قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيّ
Kita diajar untuk memohon agar Allah mengilhamkan kepada kita, agar kita menjadi insan yang pandai bersyukur. Ramai manusia di atas muka bumi ini mudah lupa akan nikmat-nikmat Allah S.W.T yang terlalu banyak.

Salah satu cara untuk kita mudah bersyukur, kita hendaklah sentiasa menyebut-nyebut nikmat Allah S.W.T. Kita boleh lakukan secara bersendirian atau sebutkan kepada orang yang terdekat dengan kita; seperti suami, isteri, adik beradik dan anak-anak kita dan mungkin ahli usrah kita. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Kita juga boleh menulis di atas kertas atau paparkan di skrin computer senarai nikmat-nikmat Allah, khusus yang dikurnia kepada kita. Sudah tentu kita akan mulakan dengan nikmat Iman, Islam dan nikmat berjemaah. Barulah diikuti dengan nikmat-nikmat lainnya.

Buruk mana keadaan ayah dan ibu kita (kalau ada), mereka tetap penyebab kelahiran kita, sekurang-kurangnya, mereka pembuka jalan untuk kita hidup di dunia dan kini kita bertemu Islam dan Iman.

Lebih dari itu, merekalah yang menyekolahkan kita, mengajar kita ilmu-ilmu asas, akhlak dan lain-lainnya. Kata Zamahsyari nikmat Allah yang dikurnia kepada mereka, sebenarnya adalah nikmat Allah kepada kita juga.

Sebab itu, carilah dan syukurilah nikmat-nikmat Allah kepada kita dan nikmat-nikmat Allah kepada kedua orang tua kita.

2. وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ
Kita juga memohon ilham Allah agar kita kini yang dah menjangkau 40an dan lebih, pandai memilih untuk beramal. Mungkin kita menyangka kita beramal bermacam-macam, dan semuanya amal solih.

Tetapi di dalam banyak-banyak amal kita, yang kita sangka solih itu, apakah menepati ridha Allah.
Kita juga berharap agar kita terus memilih amal-amal yang tepat di saat-saat penghujung kehidupan kita ini.

Sebagai contoh; adakah tepat di saat ini kita masih mengejar dunia dan kerjaya, lebih dari tugas dakwah dan jihad kita. Mungkin tepat dan mungkin tidak tepat.

Oleh itu kita menyemak amalan kita dan memohon agar Allah membantu kita untuk membuat keputusan dan beramal dengan tepat, dalam sesuatu perkara. 

3. وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
Dalam usia sebegini, mungkin ada yang sudah bercucu, fikiran kita sepatutnya sibuk memikir masa depan anak cucu kita. Kebimbangan, samada mereka mewarisi perjuangan ini, atau memadai menjadi Melayu (atau warga Malaysia) yang baik sahaja, atau memadai mereka dapat pekerjaan; yang mana banyak bermain di kepala kita? Atau kita masih mengejar kemanisan dunia tanpa menghiraukan mereka.

Kita mengharap segala kebaikan menumpu dan menuju kepada anak zuriyat kita; mengiringi mereka bertemu dengan Allah S.W.T. Iman mereka, akhlak mereka, pasangan mereka, pelajaran mereka, pekerjaan mereka; semuanya bermain di fikiran seorang yang telah melebihi 40an.

4. إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ
Di saat ini, sewajarnya kita juga membanyakkan rasa bersalah kita sepanjang hidup kita. Dari mengungkit dosa-dosa silam yang besar, mahupun pengorbanan yang sedikit dan sangat kecil, yang kita berikan di jalan Allah, di usia kita muda bertenaga dulu.

Atau kita juga bayangkan rasa bersalah kerana kurang menguasai ilmu, tidak bersungguh belajar bahasa Arab, tidak meningkatkan diri dalam bidang yang kita lemah.

Atau kita juga bayangkan rasa bersalah kerana kurang beribadah, berzikir, berpuasa, bersedekah dan seumpamanya.

Dosa kita kepada Allah, dosa kita kepada al-Quraan, dosa kita kepada Rasul S.A.W, dosa kita kepada ibubapa, dosa kita kepada ulama’ dan para guru, dosa kita kepada jemaah, dosa kita kepada kaum keluarga, dosa kita kepada anak isteri atau suami, dosa kita di tempat kerja, kepada sahabat handai, jiran dan dosa kita kepada alam semesta apabila kita merosakkannya.

Maka terasa erti taubat kita, apabila kita mampu membayangkan kekesalan kita itu, ketika itu berguguranlah air mata kita.
5. وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Akhirnya kita mohon kepada Allah dan seolah-olah kita berjanji kita akan kekal sehingga mati kita; bahawa kita adalah seorang muslim yang iltizam dengan tuntutan-tuntutannya.

Kita tidak malu untuk mengisytihar bahawa kita menyerah diri kepada Allah, bersama-sama orang yang menyerah diri. Kita hidup dan mati bersama perjuangan Islam. Aqidah yang benar, ibadah yang sahih, akhlah yang indah, syariat yang adil; semuanya perjuangan kita.

Kita bersama muslimin yang lain, berterus terang mengatakan, yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Kita tidak berpura-pura bersama yang batil kerana mengejar kelazatan dunia.

Kita bersama semua pejuang-pejuang Islam berterus terang untuk memerdekakan Masjidil-Aqsa.

Manisnya doa ini. Maka masukkan ia bersama wirid al-ma’thurat kita setiap hari.

Ulangkannya beberapa kali mengikut ketenangan yang kita kecapi. Di pagi hari, di malam hari, hadirkan maknanya.

Semoga Allah Mendengar, Melihat dan Melayan kita semua.


حـسـن الـديـن مـحـمـد يـونـس
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Pengerusi AQSA SYARIF
Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM